RESEPI KEK KARAMEL STRAWBERI COKLAT




Kek Karamel Strawberi Coklat

Bahan A 
2 sudu besar gula 

* tabur dalam loyang dan masak atas dapur....Dah cair tutup api. ke tepikan....

Bahan B

1 tin susu cair @ 400ml susu segar
6 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan gula castor

* campur semua bahan...kemudian pukul dengan garfu perlahan-lahan hingga sebati.
* kemudian tapis adunan dan tuang ke atas gula di dalam loyang yang dah disejukkan tadi....ke tepikan...

Bahan C

6 biji putih telur
3/4 cawan gula castor
1 suKek du kecil cream of tar tar

* pukul putih telur sampai bertanduk/soft peak...setelah itu masukkan pula gula castor...pukul sekata.
* lepas tu masukkan pula cream of tar tar...pukul lagi dan lepas tu ke tepikan.
* pastikan meringue betul2 ringan...

Bahan D

3 biji kuning telur
1/2 cawan gula castor
40 ml minyak jagung
140 ml air masak
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sk Coklat emulco
1 sk Strawberry emulco

* pukul telur dan gula hingga kembang....lepas tu masukkan pula minyak dan air...pukul sebati
* kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit....pukul sekata...
* setelah itu masukkan bahan C tadi...gaul sebati perlahan-lahan...
* bolehlah dibahagikan kepada beberapa bahagian...dan letakkan coklat emulco dan strawberry emulco....kacau sebati.
* dah siap campurkan perisa tadi bolehlah tuang adunan ke dalam loyang puding karamel secara berselang seli atau sudukan sahaja adunan...ikut kreativiti masing2...adunan kek xkan bercampur dengan adunan puding karamel...jadi xperlu risau.
* panaskan oven selama 10 minit dgn suhu 160 c.....bakar kek dgn mengunakan kaedah water bath....selama 1 jam.
* 40 minit pertama gunakan api bawah sahaja...20 minit akhir gunakan api atas bawah sampai masak...
* Bila kek dah masak...sejukkan dulu kemudian baru di keluarkan dari loyang...
* Letak kek di atas redai utk pastikan air gula turun kebawah....jika terus letak pd pinggan nanti kek jd terlalu lembab kerana air gula bertakung di bawah kek

justme

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment